Monday, March 29, 2010

Friday, March 26, 2010

XPDC 4X4 & MOTOCROSS CENGAL TERBESAR DI DUNIA & KUBU MAT KILAU 2010


Penganjuran Utama Bersama :
1. KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
2. GEDUUT 4X4 ADVENTURE CLUB TERENGGANU
3. KEMENTERIAN PELANCONGAN M'SIA TERENGGANU


Kerjasama
1. PEJABAT PERHUTANAN TERENGGANU
2. MAH (PERSATUAN HOTEL M'SIA TERENGGANU)
3. KELAB 4X4 MALAYSIA
4. BOKBON ADVENTURE & RECREATION TEAM P.PUTEH
5. TEAM FORD 4X4 KB
6. TEAM ISUZU 4X4 KB

TREK XPDC
1. SG LOH (CAMPSITE)
2. KUBU MAT KILAU
3. POKOK CENGAL TERBESAR DI DUNIA
4. AIR TERJUN CHEMERONG

TARIKH 18-20 MAC 2010

ECO TOURISM PAKEJ










































Menjemput semua peminat-peminat ecotourism untuk menyertai pakej percutian menarik kami..

XDPC 4x4 Redah Belantara & Camping
Pakej 1 - 3 hari 2 mlm
RM450 utk sebuah kenderaan pacuan 4 roda (muat 3 penumpang)
Makanan & minuman(air sungai) disediakan
Khemah juga disediakan
Lokasi area Besut (blh dirunding)


Pakej 2 - 2 hari 1 mlm
RM250 untuk sebuah pacuan 4 roda (muat 3 penumpang)
Makanan & Minuman (air sungai) disediakan
Khemah juga disediakan
Lokasi area Besut (boleh dirunding)

Berminat?? sila hubungi Abe Az 01-3301-3301 / 012-6789-345



Thursday, January 21, 2010

BOKBON 4x4 ADVENTURE TEAM MENYERTAI EKSPEDISI GONZALES VII

BOKBON 4X4 ADVENTURE TEAM : 48 Jam Cabaran Gua Musang











Hujan, laluan berliku tambah keseronokan ekspedisi redah belantara

EDISI terbaru, Ekspedisi Gonzales VII di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini menyimpan kenangan tersendiri. Bayangkan, keseronokan yang dirasai apabila seramai 450 peserta yang menaiki 250 kenderaan pacuan empat roda pelbagai jenis termasuk 60 motosikal lasak, menakluki kawasan hutan Gua Musang dalam keadaan penuh mencabar.

Dalam program ini, lima kenderaan pacuan empat roda dari negara jiran, Thailand turut mengambil bahagian. Peserta tempatan yang menguji kekuatan fizikal dalam cabaran ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Perhutanan negeri; Jabatan Belia dan Sukan negeri; Squad 4x4 Adventure Team; Kelab Rimba dan kumpulan Lipan Bara.

Tidak ketinggalan mengharung cabaran hutan Gua Musang, wakil JS Team 4x4; Kelab Ert 4x4; Bokbon Adventure Team; Skuad Radio TM; Kelab 4x4 Muazam Shah; Kelab Belantara dan Gedut dari Terengganu.

Ekspedisi meredah hutan Gua Musang dianjurkan Persatuan Motorcross dan 4X4 Kelantan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ekspedisi Gonzales adalah acara tahunan persatuan sejak enam tahun lalu.

Jumaat

PESERTA dari Squad 4x4 Adventure Team bergambar di Lata Rex sebelum memulakan perjalanan ke kawasan pedalaman.

7.30 pagi : Peserta berkumpul di hadapan Pejabat Persatuan Motorcross 4x4 Kelantan di Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai untuk acara pelepasan oleh Pegawai Kemajuan Kelantan, Mokhtar Mustapha dan Presiden Motorcross 4x4 Kelantan, Abdul Halim Awang.

9 pagi : Peserta mula menyusun kenderaan. Deretan kenderaan memenuhi jarak sepanjang sekilometer di tepi jalan Wakaf Che Yeh. Masing-masing membuat persiapan terakhir sebelum ekspedisi bermula.

9.45 pagi : Upacara pelepasan dimulakan dengan iringan paluan kertok dan gendang. Peserta mula berkonvoi menuju ke Kuala Krai sambil diiringi pasukan Polis Trafik yang mengawal lalu lintas dan perjalanan konvoi.

1 petang : Selepas hampir tiga jam berkonvoi dari Kota Bharu, peserta tiba di kawasan perkelahan Lata Rek. Apa lagi, semua peserta mengambil kesempatan berehat sambil menikmati keindahan air terjun. Kami kemudian menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

3 petang : Konvoi kenderaan mula bergerak perlahan-lahan secara berkumpulan menuju ke pencawang TNB 10. Destinasi ini terletak kira-kira 150 kilometer (km) dari Lata Rek.

Peserta mula berdepan cabaran ekspedisi ini apabila semua kenderaan menempuh laluan berbatu dan berpasir. Perjalanan bertambah sukar apabila hujan renyai-renyai hingga laluan menjadi becak dan licin. Kenderaan terpaksa beratur menunggu giliran apabila tiba di lokasi berbukit di mana peserta terpaksa mendaki jalan tanah pada ketinggian 75 darjah.

Pengembaraan kami menjadi tertangguh sedikit kerana terpaksa menunggu giliran ramai peserta yang mendaki dengan kelajuan perlahan akibat jalan licin.

Keadaan menjadi bertambah mencabar apabila kenderaan kami terpaksa merempuh sebatang sungai hingga beberapa kenderaan pacuan empat roda mengalami masalah 'enjin mati' dan terpaksa ditarik kenderaan lain.

6 petang : Kami selamat tiba di TNB 10 selepas bersusah payah menempuh laluan basah, berbatu dan licin. Mengikut ketua konvoi, ada beberapa kenderaan masih belum tiba dan sedang mengharung cabaran di sepanjang laluan. Peserta mula mendirikan khemah untuk berehat dan membuat persediaan makan malam.

8 malam : Beberapa kenderaan lain mula tiba dan menyertai kami. Hujan renyai menyebabkan peserta terpaksa mencari lokasi sesuai untuk mendirikan khemah serta mengelak aliran air dari bukit.

Kami menikmati makan malam yang cukup menyelerakan selepas letih mengharung perjalanan. Penulis tidak sedar terlena dengan pakaian basah.

Sabtu

9 pagi : Selesai bersarapan, penganjur mengumpulkan peserta untuk memulakan aktiviti sukan rakyat. Antara acara dikendalikan termasuk permainan tarik tali, meniup tepung, tiup belon untuk kanak-kanak dan ibu serta perlumbaan motosikal perlahan. Suasana di lokasi perkhemahan meriah dengan pelbagai gelagat peserta yang mencuit hati.

3 petang : Acara sukan rakyat berakhir. Kami masing-masing melakukan aktiviti sendiri seperti menikmati kedinginan air bukit di anak sungai. Ada juga peserta mengambil kesempatan terluang mencuci kenderaan masing-masing.

4 petang : Beberapa kenderaan pacuan empat roda mula bergerak pulang kerana ramai yang bekerja pada hari Ahad dan tidak dapat meneruskan program esok.

8 malam : Selesai makan malam, peserta berkumpul untuk menyertai sesi karaoke. Pelbagai gelagat melucukan dapat dilihat termasuk aksi bersahaja kanak-kanak. Namun, tepat jam 12 tengah malam, sesi karaoke dihentikan kerana hujan.

Keesokannya, kami mula meninggalkan lokasi TNB 10. Dalam keseronokan pulang, beberapa kenderaan tergelincir dan melanggar tebing bukit. Namun, tidak ada kemalangan serius berlaku. Keadaan bertambah sukar apabila kami perlu melalui jambatan sempit. Namun, dengan kepakaran yang ada, kami dapat melepasinya dengan selamat biarpun terpaksa mengambil masa lama.

Biarpun keletihan dan kenderaan dipenuhi lumpur, penangan meneroka hutan Gua Musang tidak akan dilupakan.

....petikan dari Berita Harian....